VeMMA adalah sebuah syarikat yang diuruskan oleh
keluarga dan berasaskan nilai keluarga dan ditubuhkan oleh pengasas New Vision. New Vision yang ditubuhkan sejak 10 tahun yang
lalu ialah pemimpin dalam
industri kesihatan dan mencapai
jumlah jualan runcit yang melebihi USD$1
bilion dolar.
New Vision telah
menjadi sebuah syarikat yang terkemuka, kukuh dan boleh dipercayai
dalam industri pemasaran
rangkaian. New Vision beroperasi
dari Ibu Pejabat baru seluas 26,000 kaki persegi di 8322, East Hartford Drive, Scottsdale,
Arizona, Amerika Syarikat.
Syarikat ini juga mempunyai sebuah pusat pengedaran yang canggih seluas
25,000 kaki persegi serta sebuah kemudahan perkilangan cecair di Tempe,
Arizona. Walau bagaimanpun di dalam industri pemasaran rangkaian (multilevel marketing), kadar syarikat baru yang gagal pada tahun
pertama adalah sebanyak 90% dan disusuli lebih 98% dalam tempoh lima
tahun, New Vision telah mencapai kejayaan dan keuntungan selama sepuluh
tahun. Malah, yang lebih mengagumkan ialah New Vision telah membayar
royalti hampir USD$500 juta dolar kepada ahli-ahlinya dan tidak pernah
lewat menghantar cek-cek royalti atau menunaikan janjinya kepada para ahli.
Kedua-dua New Vision
dan VeMMA dimiliki oleh BK
Boreyko dan adik perempuannya,
Karen dan Lauren. Ibu bapa mereka, Ben dan Dottie Boreyko ialah pemasar
rangkaian yang berjaya. Mereka telah lama terlibat dalam industri ini
sejak zaman kanak-kanak mereka. Pada umur 7 tahun, BK bermula membantu
ibu bapanya mengendalikan perniagaan Amway mereka. Pada umur 18 tahun
beliau menubuhkan perniagaan pengedaran Amway sendiri sehingga
peringkat PS Direct. Apabila beliau berumur 30-an , beliau dan
keluarganya telah melancarkan pemasaran rangkaian generasi baru yang
dinamakan New Vision. New Vision ditubuhkan berasaskan kekuatan dan
keberanian ibu mereka yang telah meninggal dunia akibat penyakit
kanser, setahun sebelum New Vision ditubuhkan. Misi New Vision agak
mudah, iaitu meningkatkan
kualiti hidup keluarga dari segi
fizikal dan kewangan. Dalam beberapa bulan sahaja, syarikat ini
telah mencapai pertumbuhan dan kejayaan yang mengagumkan oleh berkat
kepimpinan yang dinamik sehingga disifatkan sebagai 'kapal roket' oleh
majalah Success Magazine. Tidak lama kemudian, BK dan adiknya Jason
telah dihadiahi Anugerah
Usahawan Cemerlang di Arizona oleh Ernst and Young atas berbagai-bagai inovasi dan sumbangan
syarikat mereka.
BK bersyukur dengan
setiap kejayaan dan restu yang dialami dan telah menggunakan sumber
peribadi dan syarikat untuk membantu mereka yang kurang bernasib dengan
menyumbang lebih daripada USD$2.5 juta dolar kepada berbagai-bagai
pertubuhan dan kegiatan amal seperti Habitat for Humanity, Dream
Centre, United Way, Yayasan Hutan Hujan dan Yayasan Dottie Boreyko
(untuk membantu golongan belia di bandar).
New Vision telah
memperkaya hidup beribu-ribu orang di Amerika Syarikat, Kanada, Jepun,
Singapura, Malaysia, Filipina, Australia dan New Zealand. Syarikat
yang mantap dan dihormati ini memberikan ketenangan hati kepada Ahli
Pasukan (pemimpin luar), Pemain Pasukan (kakitangan Ibu Pejabat) dan
Para Pelanggan kerana mereka sedar bahawa masa, tenaga dan sumber yang
dilabur oleh mereka di dalam New Vision pada hari ini akan mendatangkan
ganjaran kepada mereka pada hari esok.
VeMMA ialah hasil
usaha dan pengalaman yang dilaburkan dalam bidang pemasaran rangkaian
selama 10 tahun untuk mencipta peluang yang sempurna bagi 10 tahun yang
akan datang serta masa depan selepas itu! Ini ialah peluang anda untuk
mencapai hidup kaya dan bahagia yang akan memberi anda kebebasan dan
keselesaan yang kita semua harap-harapkan dengan sokongan kukuh yang
diberi oleh sebuah syarikat gergasi yang sungguh berjaya di dalam
industri pemasaran rangkaian.
PROGRAM
PEMAKANAN VEMMA
Barangkali
antioksidan cecair yang paling berkesan di seluruh dunia
Manggis yang dikenali sebagai Ratu Buah-Buahan telah diguna oleh pengamal kesihatan di benua
Asia sejak berkurun-kurun kerana faedah pemakanan dan rasa enaknya.
Dengan mencantumkan kuasa
antioksidan manggis dengan
vitamin, zat mineral yang berpunca daripada tumbuhan , aloe vera dan teh
hijau, anda dapat mencapai satu
asas pemakanan unggul, iaitu Program
Pemakanan VeMMA Essential for Life.
Seperti dimaklum
ramai, pengambil multivitamin dan zat mineral setiap hari adalah
penting untuk kesihatan sempurna pada jangka masa yang panjang. Program
Pemakanan VeMMA menyediakan rumusan cecair yang sungguh berkesan dan
menyediakan vitamin, zat mineral dan antioksidan yang anda perlu untuk
membina asas pemakanan yang kukuh. Setiap produk VeMMA adalah mudah
diserap oleh badan (bioavailable) , lazat dan mudah diambil.
Dalam Program
Pemakanan VeMMA ini, anda akan mendapat dua botol Mangosteen Plus with Essential
Mineral. Isikan gelas ukuran
VeMMA anda (mengikut sukatan yang ada pada botol) dengan Mangosteen
Plus with Essential Minerals sebagai minuman bertenaga anda pada setiap
hari.